Monday, November 17, 2014

Venue: Solemnization and Reception

Assalammualaikum. 

Tak sangka dah 78 hari aku jadi isteri orang. Macam baru kelmarin bernikah. Actually lusa aku ada ACD Petronas (macam exam la juga). Penat study tadi, aku rasa dah tiba masanya aku share  pengalaman #shikinhazleejourney. Dalam tempoh setahun bertunang, segala macam onak raga aku lalui. Segala macam ragam manusia aku jumpa masa pencarian vendors untuk majlis perkahwinan aku. Pengalaman best! Rasa rugi kalau tak share benda ni. Bila baca blog masa dah tua, mesti lagi best! :)

Venue
Setahun sebelum majlis, aku banyak habis duit minyak, tol dan masa semata mata nak survey harga wedding package kat dewan dan hotel sekitar KL and Shah Alam. Almost 20 hotel dan dewan aku pergi satu2. Sangat2 letih! Bagi aku venue sangat penting dan aku sangat utamakan keselesaan masa majlis nanti. Aku tak mengharapkan kepuasan tetamu, tetapi kepuasan diri sendiri. Hehe. Setiap kali aku survey, aku akan jejak kaki sendiri ke hall hotel tu. Better tengok depan depan daripada tengok kat Google je.  Aku suka tengok chandelier kat ballroom. Grand Hyaat Kuala Lumpur memang cantik! Tapi tak mampu sebab overbudget. Sob3. 
If you have min budget RM100k++ for foods only (for 500pax), then please proceed to Hyaat. 

Lepas sebulan survey, ada top 5 venues (hotel & dewan) dan paling penting tak over budget: 

1. Renaissance Hotel Kuala Lumpur
2. Sime Darby Convention Centre
3. Concorde Hotel Shah Alam
4. PWTC (Putra World Trade Centre)
5. Istana Hotel Kuala Lumpur

Shah Alam tempat aku membesar. Dari tadika sampai sekola menengah kat Shah Alam. Lepas berbincang dengan family kedua dua pihak, akhirnya kami sepakat buat kat Concorde Hotel Shah Alam. Reviewed daripada kawan2 yang pernah pergi wedding kat Concorde, belum ada yang kecewa dengan makanan kat situ. Aku rasa sendiri, memang sedap! Lauk kahwin tak mengecewakan! Alhamdulillah. 

Plan awal, majlis nikah di masjid Shah Alam, esoknya majlis belah perempuan di Concorde dan minggu depannya majlis pihak lelaki di Melaka. Tapi semua plan ni berubah. Aku kena consider ayah kandung dan sedara mara aku di Perlis. Taknak susahkan diorang datang dua kali ke selatan (Shah Alam dan Melaka) untuk minggu yang berbeza. Ok, then kiteorg plan majlis nikah dan majlis perempuan pada 31 Ogos, dan 1 September majlis pihak lelaki di Concorde juga. Tapi date 1 September dah ada orang lain booked. Try 6 dan 7 September, semua dah booked! Sadis. 

Akhirnya, nikah, majlis perempuan dan majlis lelaki pada satu hari. Mampat betul! 




Lega bila Abg Faiz dan Kak Mumtaz (Reka Teemor) bagi cadangan untuk majlis perkahwinan kami. Majlis nikah dan majlis belah perempuan di sekalikan di Grand Ballroom. Mula dari pukul 10 pagi kedatangan tetamu, majlis nikah dan makan. Majlis akan berakhir sebelum zohor.  Since aku jemput 400 tetamu untuk majlis nikah dan majlis perempuan dan makan secara dome, jadi majlis akan berakhir mengikut jadual. Petang waktu berehat dan rehearsal. Jemputan pihak lelaki pula  seramai 500 orang, bermula pada 8.00pm hingga 12pm.

Aturcara Majlis (Pernikahan dan majlis belah perempuan)

10.00 pagi  : Ketibaan tetamu jemputan
10.30 pagi : Ketibaan bakal pengantin
                    : Upacara Majlis Akad Nikah
  : Jamuan Makan
1.00 tengahari : Majlis bersurai

Aturcara Majlis (Majlis belah lelaki)

7.45 - 8.15 malam : Ketibaan tetamu jemputan
8.30 malam : Ketibaan pengantin
                         : Bacaan doa dan selawat
                : Majlis bersanding
            : Jamuan Makan
  11.00 : Majlis bersurai

Ape2pun, Concorde still kira as 2 events even buat majlis satu hari terus. Makanan melayu sedap! paling sedap dessert diorang! Lepas habis majlis, staff concorde sangat baik hati, hantar makanan pengantin ke bilik aku. Sangat memahami yang aku memang tak makan sangat masa majlis. Thank you concorde! Heee.  Makanan boleh pilih 7 menu lauk daripada 8 menu. Selection of authentic Malay cuisine with dome service for all guests (7main dishes). 2 minggu sebelum majlis, Concorde sediakan food testing untuk 20 orang untuk majlis perempuan dan lelaki. Pihak Concorde juga sediakan snacks (biskut, sandwich, cordial, tea coffee etc) kat ruang foyer before majlis. At lis guests tak rasa lapar sangat before majlis bermula. Lega pilihan majlis kedua pihak sangat tepat. Puas hati. Gembira. :)





In love with Chandeliers.

Concorde Shah Alam
Address: 3, Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam, Selangor
Phone : 03 5512 2200
Business Development Catering - Executive : Mr Mohd Saufiq (saufiq@concorde.net)


2 comments:

YaneeIdris said...

As salam, Hi shikin,terima kasih bagi review psl wedding kat concorde. Cuma i nk tanya concorde boleh request untuk buffet tak? i ada beberapa kali attend wedding kat sana tapi kebanyakan nya semua hidang secara dome..

Nurul Ashikin said...

salam Yenee, yup concorde ada buat majlis secara buffet. yang pasti harga tak sama dengan dome. mungkin lagi mahal. :)