Wednesday, November 26, 2014

The Journey: Reception


"Seikhlas hati yang empunya cinta, pasangan romantis Hazlee dan Ashikin mula berbunga kasih saat pertemuan pertama ketika sama-sama menimba ilmu di Universiti Teknologi Petronas (UTP) sekitar tahun 2008. Sering kali mengulang kaji pelajaran bersama-sama, mengakrabkan persahabatan yang mula terjalin antara Hazlee dan Ashikin. Perkenalan yang mula rapat dan lama-kelamaan daripada kawan biasa mula berputik rasa sayang. Dari situlah bermulanya detik percintaan yang berbunga harum di taman kasih pasangan dua sejoli ini. Hingga kini telah genap enam tahun perkenalan Hazlee dan Ashikin" - Majalah Ratu Sehari (Edisi 20)

Assalammualaikum

Ouch, puitis betul ayat daripada Editor Majalah Ratu Sehari, Kak Shuhada. Thank you Ratu Sehari sudi abadikan memori terindah aku dan Hazlee di dalam majalah. Hehehe. Actually post kali ni, aku nak sambung #shikinhazleejourney untuk majlis reception (belah lelaki). 

31 Ogos 2014, 3:00pm

"Raudah, kite dah kena turun rehearsal."

Kalau boleh nak mintak Hazlee sorang je rehearsal. Letih sangat! Nak tido pun tak sempat. Baru tau penat buat majlis. Apatah lagi kite sendiri yang jadi main character. Majlis malam ni sure buat aku letih lagi, Fuh! Takpe, sikit lagi nak habis Shikin. Kuat!

Masa rehearsal, aku sarung jubah jer. Tapi aku bawa 4 meters veil aku siap pakai heels sebab nak praktis jalan juga. MC (Barnie Redzan), committee dan floor manager (Kak Mumtaz) dah ready untuk rehearsal petang tu.  Pada mulanya, lagu yang mengiringi aku dan Hazlee lagu 'Flightless birds, American mouth', tapi kak Mumtaz cakap lagu tu macam mendatar, so better kite buat lagu lain. Kak Mumtaz suggest lagu 'Beautiful in White' by Westlife. Sangat2 sedap! Lirik memang sesuai untuk kahwin plus aku pakai baju putih masa majlis reception ni! Dua kali rehearsal, cukup untuk aku dan Hazlee confident berjalan masuk ke pelamin nanti. Boleh rehat dah! Hip2 horay! Hehehe

6:30pm, 

Kak Laila Rohani (Makeup Artist) aku untuk majlis reception. Kak Laila memang on time! Sehari sebelum majlis, Kak Laila mintak gambar aku tanpa makeup sebab dia nak tengok muka natural kite. Jadi, senang Kak Laila suggest makeup style yang sesuai untuk kita. Since majlis pagi aku dah mintak Chomel makeupkan natural, aku request Kak Laila makeupkan mata galak sikit tapi still ada concept natural. Aku memang takut tengok muka sendiri berubah, jadi tak berani nak ambil risiko request makeup yang over dan banyak colours.

Taraaa!
Dah siap! Kak Laila ambil masa 40min jer untuk makeupkan aku! Thanks Kak Laila! 

Hazlee bersiap di bilik sebelah aku. Yang belakang tu best man kami, Wan Shahril.



8.30pm,

"Shikin, Kak Mumtaz dah call!" - Raudah


Fuh! Memang ngam2 jer siap! Lega sebab ikut masa event. Aku dah pesan banyak kali kat Hazlee yang aku taknak guests tunggu lama kat hall. Aku ambil lesson learnt kenduri2 lain yang pengantin masuk hall pukul 9.15pm. Guests sure sangat2 lapar. Respect people who find time for you in their busy schedule.



Debaran masuk ke hall tak sedebar majlis sebelum ni. Lagi2 Hazlee sentiasa dengan aku, buat aku lebih tenang. Bismillahirahmanirahim.

Lagu 'Beautiful In White' iringi kami ke singgahsana. Cewah! 

Berdiri di pelamin sambil berselawat yang diketuai oleh Ustaz Ahmad

Thank you Ayah

Ayah mentua ku. Hahaha
Makan time! Lauk pengantin Concorde sangat sedap!

Sweetheart table - Makan berdua lebih baik :P
Doc Abu Bakar dan isteri (Ayah dan ummi Hazlee) Hehe
Master of Ceremony oleh Barnie Redzan. Aku meet Barnie masa dia tengah jadi Mc untuk satu event Petronas. Aku dan Aisyah (office mate) terkejut dengar suara 'jantan' Barnie! Seyes, memang sedap dan paling penting Barnie boleh berbahasa Melayu dan English dengan lancar. Memang harga Barnie jauh lebih mahal dengan Mc lain, tapi disebabkan Mc yang menghidupkan suasana majlis, aku yakin aku hire Barnie bukan satu yang sia2. Paling penting, Barnie bagi full commitment, attend technical meeting, rehearsal dan lepas habis majlis, Barnie tak balik macam tu jer. Dia akan stay sambil majlis betul2 habis sampai pukul 12am! Susah nak cari Mc yang sporting macam ni! Siap kami nak joget lambak lepas majlis, tapi tak sempat sebab pihak hotel nak kemas hall tepat 12.00am.

Barnie Redzan from 'The Barnie Redzan Production'
"Shikin ni kalau time study die study, kalau time kuar die gile2" - Syahmi
Barnie suka interview guests! Majlis nampak lebih relax dan informal. Thank you Barnie!

Live band oleh RewzMusic. Vanessa's voice memang sedap gile! Aku dan Hazlee request lagu2 jazz supaya mood nampak lebih relax. Paling sedap lagu Quando, quando by Michael Buble! My favorite song! Boleh search Rewzmusic kat Youtube.

Malam tu juga, dipaparkan 2 video. Satu video perkenalan antara aku dan Hazlee. Aku plan taknak buat video pre wedding macam orang lain since aku dan Hazlee memang tak reti nak berlakon. Jadi aku decide buat cartoon video slideshow yang aku tempah daripada SST Art Design. Dan satu lagi video majlis pernikahan aku dari Next Art.

Ucapan terima kasih serta doa yang di bacakan oleh ayah buat kami berdua sebak. :')
................................................................

"Malam yang indah ni, persembahan istimewa terhidang sekali lagi!" - Barnie Redzan

Hazlee terpinga2, "Ada performance apa lagi?"

Suprise!!!


"Kaulah Cinta Sesungguhnya..."
Suprise Sabhi Saddi untuk Hazlee



Sejak bulan 3 lagi aku dah email manager Anuar Zain, Afgan, Hafiz untuk suprisekan Hazlee. Hazlee memang suka sangat lagu2 jiwang ni. Tapi disebabkan aku tak mampu $$$ nak hire artis lelaki yang sangat popular, aku macam give up nak cari dah. Kebetulan, lagu 'Cinta Sesungguhnya' by Sabdhi Sadhi tengah popular kat radio time tu, dan Hazlee tak habis2 nyanyi dalam kereta, terus buat aku sungguh2 nak hire Sabhi. Hope harga tak semahal artis lain. Alhamdulillah, kebetulan aku call manager Sabhi pada hari Jumaat, aku dapat harga yang sangat2 berbaloi untuk 2 buah lagu. Lega bila malam 31 August tu Sabhi Saddhi available.

Hazlee menangis! Hip2 horray! Mission accomplished!

Lol, aku pun nangis juga. Haha
Sesi terakhir! Sesi potong cake! 

Acah2 potong jer.
Masa sesi suap menyuap, kiteorang suap strawberry. Bukan cake tau! Sebab cake ni cake tipo. Lol
Lepas potong cake, Barnie ada interview kiteorang juga. Last2 dia suruh Hazlee cium dahi lak pulak. Malu2 tapi suka. Hahaha
Budak2 mozac Hazlee!
Thanks Sabhi Saddi for the suprise! 
Photographer Mangotouch, PQP dan Videographer Next Art!
Takde pulak gambar dengan Livefeed video 'N3 Production'. Lupa, adeh.
Hazlee's relatives
My best girls!! 
Aku ada hire 'My Photobooth'! Instant print dan backdrop boleh customize sendiri! Best gile!! Hahaha.

Ramai betul beratur nak ambil gambar kat photobooth ni. 
Lega pengantin tak payah beratur. Hehehe
Senyum jer dekat screen photobooth, nanti gambar terus keluar dari box ni.





I am so thankful to Allah for this marriage. My heart is filled with great joy. To have someone you love living with you for the rest of your life is such a precious moment.

For those who put their effort to ensure my big day is a successful one, today I sit here remembering the fun times that we've had during that wedding day. As the days have gone by, I realize today that you guys Burhan, Raudah, Alia, Izuana, Eqram, Naz, Fatin, Noreha, Ameera, Syahmi, Wan Shahril, Syukri and Syazwan have been the people in my life who put so much smiles on my face. How can I ever thank you guys? Thanks for adding truck loads of joy and happiness in our life, everyday. 

Love, 
Nurul Ashikin Amran

End

Credit pictures: Mangotouch & PQP

The Journey : Solemnization

A great marriage is not when the 'perfect couple' comes together.
 It is when imperfect couple learns to enjoy their differences. - Hazlee 

Assalammualaikum

I still remember very clearly, I slept late almost every night before my solemnization. Penat letih dan paling obvious mata aku bengkak jer sebab tido tak menentu. Thank you sebab ada Naz yang sanggup datang dari Sabah 3 hari lebih awal untuk tolong aku prepare banyak benda. Paling kelakar, 2 hari sebelum majlis, aku dan Naz buat projek memotong labuhan kain dress aku sebab aku dah tak sempat nak hantar ke butik balik. Labuh dan setiap kali aku praktis jalan, mesti heels aku tersangkut kat dress since camelia lace kan material berlubang2 kecil. Salah aku juga sebab aku mintak labuh lebuh 5 inchi. Last2 aku pakai heel 3 inch jer. Bersengkang mata aku dan Naz malam tu, akhirnya siap juga kerja memotong kami. Thank you Naz!

Setiap moment dan keringat yang aku buat untuk majlis ni, masih segar dalam ingatan. Penat tu berbaloi dan terbayar selepas majlis habis. Sebelum tu nak minta maaf sebab tak semua kawan aku dan Hazlee di jemput since tempat agak terhad. 400 orang untuk majlis belah perempuan dan 500 orang di majlis Hazlee. 

Rasanya dah banyak benda aku share #shikinhazleejourney di post sebelum ni. Post kali ni takde apa nak share sangat cuma aku letak series of pictures plus perasaan nervous gelabah+pengalaman yang memang takkan aku lupa. Enjoy!


30 Ogos 2014, 

Dah pukul 3 petang, lepas majlis berinai, aku janji nak lunch sekali dengan Hazlee dan Wan Shahril. Turun je lobby, semua sanak sedara belah Hazlee baru check in hotel. Kawan2 ayah dan mak aku pun check in hotel Concorde juga. Pergh, ramai yer. Siap semua nak ambil gambar dengan aku. Tetiba rasa macam artis plak. Belum buat majlis lagi, dah rasa kehangatan tetamu pulak. Lol. Nasib baik baru habis majlis berinai, takde la selekeh sangat pakaian aku. Hehehe. 

Lega sebab maid of honor tercinta aku datang maghrib tu! Aku tak rehat langsung sebab lepas asar ada meeting dengan groomsmen dan bestman tentang program majlis tu. Taknak diorang terkapai2 tak tahu apa nak buat. As usher, diorang kena tau layout plan meja2 dan tentative majlis nanti. Paling penting tau tugasan masing2. Agak lega, sebab Kak Mumtaz (Reka Teemor) dah buat technical meeting on 26 August hari tu. So takde la nak brief balik pada family dan vendors lain.Aku tugaskan Burhan as runner untuk majlis aku ni. Semua balance duit nak bayar pada vendors majlis esok termasuk duit nak bagi tok kadi, hantaran nak bagi pada wedding planner etc semua aku serahkan pada Burhan. Kalau wedding planner, vendors or hotel's staff nak contact, diorang akan contact Burhan jer. Lega sebab Burhan willing nak assist aku. 

Malam sebelum majlis, aku dan Raudah buat rehearsal dalam suite kami! Memang kelakar habis la. Aku siap pakai dress dan heels siap2 nak practise cara jalan. Ouh yer, malam tu juga Aida bawakan signage 'here come the bride' dan Farah (owner Freowcrafts) hantar bride and groom pillows yang cantik sangat! Special customize with glass pearls detailing.
NA (Nurul Ashikin) & MH (Muhamad Hazlee) - Laurel Wreath Collection by Freowcrafts
Pukul 12 malam, baru aku dan Raudah masuk tido. Itu pun aku tak boleh lelap! Arghhhh! Ubat tido jawab yer. Herm... 

...............................................................................

31 Ogos 2014,

"Be mine" - Hazlee
Bangun pagi jer terus rasa gelabah sangat! 

"OMG! I'm getting married!"

Terkejut Raudah dah siap2 mandi. Orang hotel pun dah sediakan breakfast kat bilik. Lega! Tak lalu makan! Paksa diri makan roti dan minum susu juga. Kang aku pengsan lapar plak. 

Around 9.30am akhirnya Chomel (makeup artist) datang juga! Pergh, nasib baik ada sejam lagi before event start. Aku siap baring atas katil masa tengah tunggu Chomel. Sampai cakap kat Raudah, "kalau Chomel tak datang, awak (Raudah) makeupkan kite jer la." Perasaan menunggu tu buat aku fikir macam2. Alhamdulillah, everything went well. 


Pukul 10.30am Kak Mumtaz (Reka Teemor) dah call Raudah! Aku dan Raudah memang takut juga la bila Kak Mumtaz call. Takut dah kena turun or event nak start awal! Hahaha. Actually kak Mumtaz nak makesure aku siap dan semua berjalan lancar jer.  Bila aku dah siap, Kak Mumtaz suruh kami turun dan aku stay di waiting room (in front of grand ball room) sementara Hazlee, wali, saksi dan groomsmen tunggu di meeting room lain. 

Hazlee nampak relax jer, tapi dalam hati takde sape yang tahu. Hehe
Sempat 'touch up' lagi sementara tunggu lift
Hazlee dan kawan2 'tercinta' masuk ke hall
sementara aku di 'waiting room'
5minit kemudian...

"Shikin, dah boleh keluar dari waiting room" - Kak Mumtaz

Aku dah nervous dan tak berhenti selawat. Harap semua berjalan lancar. Tak sangka semua bridemaids aku dah siap beratur depan main door! Wow! Cantik yer semua bridemaids!! Happy jumpa kawan2 baik! Mak berdiri sebelah aku dan akan temani aku juga jalan ke pelamin. Lega sikit! 

Banyak kali selawat nak hilangkan rasa gemuruh sebelum masuk hall.
My favorite dress
Classic, timeless. You will never go wrong.

Masa aku tengah beratur depan main door, semua 400 orang guests kat dalam hall. Hazlee, tok kadi, wali dan saksi dan sedia duduk kat atas pelamin. Jurucakap wakil pihak laki dan perempuan sedang berpantun2. Ada juga aku ketawa dengar dari luar hall yang jurucakap daripada wakil pihak perempuan (Uncle Ismail) buat lawak pasal hantaran semua. Naseb baik tak serius sangat suasana dalam hall tu. 

Majlis akad nikah dijalankan di hadapan 400 tetamu jemputan
........................................

"Kami mempersilakan bakal pengantin perempuan untuk masuk ke dewan" - Mc Azreen

Eh, dah habis ke diorang cakap2 kat dalam tu, haaa nak masuk dalam dewan pun buat aku malu. Dah terbayang2, jangan laaa kaki terpeleot or terpijak dress ke. Confident cikin! 

Tiba masanya aku masuk ke dalam hall diiringi dayang2 dan bonda tercinta. 


A walk to a new journey

Nak naik tangga pun kena ada orang tolong. :P

Raudah duduk dekat dengan aku atas pelamin. Kalau sorang2, memang lagi cuak.
Khutbah oleh Ustaz Ariffin sangat best! 
Tak rasa serious sangat pun. Kelakar dan spontan jer Ustaz Ariffin! 



Done dengan khutbah perkahwinan. Majlis akad nikah dimulakan. 


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Muhamad Hazlee. 

Ouhyer, sebelum terlupa, masa Ustaz Ariffin mintak buat praktis lafaz nikah, ayah aku silap sebut nama aku! Dia sebut nama kakak aku 'Nurul Najmin Bt Amran'. Cis! Nasib baik praktis jer! Apepun thank you ayah walikan Shikin! Hehe

Puan Nurul Ashikin
'Always be my son' 
Lepas solat sunat, sesi suai kenal pulak! Lol
You meet thousands of people and none of them really touch you, 
and then you meet one person and your life is changed forever. - Hazlee
I love you more today than yesterday 
and I will love you more tomorrow than today.

Lepas jamuan makan, sesi favorite aku!
Sesi bergambar! :D

Ayah dan Ummi Hazlee
TV3 datang interview! Ok, aku mengaku aku tak reti cakap! Adeh
My big family!
Dress aku tak sekembang dress bridemaids! So, posing diva je la yang mampu. Hehe

Suka Chomel makeupkan! Highly recommended. :)
No one else can promise you this, except me, 
I’ll promise you that I will always love you - Hazlee

Settle majlis solemnization. Rehat sejam. 

Pukul 3petang dah rehearsal untuk majlis malam! 

Raudah! I need you!

Hehehe

Will be continued.....




Credit pictures: Mangotouch & PQP Liveupdate