Sunday, July 8, 2012

Structured Interview :: Competency Behavioral Interview :: Petronas

Assalammualaikum :)

Alhamdulillah, selesai sudah petronas interview 2 hari yang lepas. 
Aku bertuah sebab aku jadi second batch yang dipanggil. Lega rasanya bila dapat interview awal. Lepas ni boleh focus pada benda lain pula. (´⌣`ʃƪ)

Compentency Behavioral Interview or dikenali as CBI pada 4 July pukul 2 petang di blok B. CBI lebih kepada ice breaking dan lepas tu more sharing session tentang experiences kite yang pernah kite solve. Tak kisah either pasal project time fyp/fydp or internship. Pasal events pun kite boleh cerita. Time CBI ni juga interviewer tengok student either ada ciri2 leadership, integrity, problem solver etc. Apa2pun, cerita pengalaman yang betul2 alami, bukan orang lain alami. Masa CBI, interviewer tengok resume kite dan soal macam2 juga. So pastikan apa yang korang tulis kat resume, korang ingat dan tau detail. :))

Structured Interview or SI aku mula pada 6 July pukul 2 petang juga. Syukur sebab aku ada satu hari rest dan boleh study case study after CBI. Untuk SI nie, kena banyak membaca dan tahu tentang isu semasa. SI terbahagi kepada dua iaitu Case Study dan Role Play. Case study akan di beri artikel dan kite kena elaborate case study tu. Time ni juga, kite di beri peluang untuk berfikir selama 30minutes dan boleh cek kamus kalau tak faham sesetengah perkataan as well as akan di beri paper kosong untuk tulis dan buat note. Read article carefully dan try untuk faham setiap baris ayat. Kalau kite banyak membaca tentang isu semasa, takde masalah sangat untuk menjawab case study nie. Lepas 30minutes, interviewer akan soal kite benda yang related dengan case study tu. Untuk topics, aku tak rasa akan di ulang2 sangat since aku dan kawan2 aku tak pernah dapat topic yang sama. :))


Study tentang isu semasa dan buat note supaya kite ingat :))

As soon as Case study, kite akan terus buat Role Play. Ala2 berlakon juga nie. Kite diberi card dan kat situ ada tulis situasi. Dan kite di beri task untuk pegang watak apa. Sama ada manager, police, supervisor etc. Secara spontan, kite kena handle masalah based on kad yang kite dapat tu. Interviewer akan provoke apa yang ko cakap. dan semestinya ko kena tetapkan pendirian ko at the same time try to maintain professionalism. Kite kena confident, open minded dan fikir solutions sebaik yang boleh. Lepas selesai satu masalah, nanti akan ada kad2 lain yang akan di beri. Kad kedua dan seterusnya adalah kesinambungan kad 1 yang mana pada situation yang sama, tapi masalah yang berbeza. 

Habis jer CBI dan SI nie, mari lah kite berdoa. Aku agak mengharap juga dapat keje dengan petronas since petronas dah banyak bantu aku dari segi elaun dan macam2 lagi time aku study kat UTP. Ini masanya untuk aku membalas jasa Petronas. Terima kasih banyak2 Petronas. :))
Ape2pun, aku redha dan terima keputusan sebab aku yakin ALLAH dah tetapkan rezeki masing2. Sambung study? 
Alhamdulillah sekali lagi, baru2 ni aku dapat tawaran dan ditanggung pengajian untuk sambung buat master. Ibu pun dan cakap yang die serahkan segala keputusan di tangan aku. Aku hanya mampu solat hajat dan ikhtiharah supaya ALLAH memberi aku petunjuk. Terlalu mengharap yang aku mempunyai bright future di masa hadapan.
Semoga dipermudahkan segalanya~
Amin...

♥♥♥♥