Sunday, November 23, 2014

Bridal Shower

Assalammualaikum

16 Ogos 2014, Sabtu

Lagi 2 minggu majlis perkahwinan aku. Aku dah start cuti kerja time ni since aku dah inform boss aku 3 bulan awal yang aku nak cuti sebulan untuk kahwin. Hehehe. Date 16 Ogos ni memang aku akan ingat sampai tua sebab suprise yang paling best dalam hidup aku! Lagi2 suprise daripada bestfriends yang paling aku sayang! 

Hazlee dah lama set tarikh 16 ogos sebab dia ada fitting baju dekat KLCC, Aku dah lama plan dengan dia segala appointment berkaitan majlis kami. 3 hari sebelum 16 ogos, Hazlee dah pesan awal2, yang dia akan sampai KL dalam pukul 12 tengahari dan nak lunch dulu. Aku suruh dia amek aku kat rumah since aku malas nak drive, tapi die tetap paksa aku drive sendiri juga. Ouh yer, aku ni jenis yang ada mood kalau nak bersiap. Nak cepat, aku suka sarung jubah Qalaqisya jer. Tah nape, Hazlee cakap nak date untuk kali terakhir before kahwin dan nak suruh aku pakai tutuskirt putih and siap2 elok2. Herm.. aku memang faham sikap Hazlee dari dulu. Dari zaman UTP lagi dia suka mengarah aku pakai kaler tu la, kaler ni la. Aku ni pulak jenis yang ikut jer. So layan jer la bila Hazlee suruh pakai tutu skirt putih masa 16 Ogos tu, Memang tak syak apa2 langsung! Dem! 

11.30am, 

Aku agak kelam kabut time tu, Hazlee dah call banyak kali since aku tak keluar rumah lagi. Aku kena kemas rumah dulu before keluar. Basuh kain, jemur kain, menyapu bilik, bersihkan tempat Ceelo. Banyak benda nak buat Sabtu tu plus aku ada food testing kat concorde malam tu juga, so memang otak dah set aku akan balik rumah lewat. Since aku malas nak gosok skirt putih tu, so aku grab skirt belang biru hitam yang tak payah gosok! Just fikir, Hazlee ok kot! Asalkan pakai skirt. Keluar rumah 12.15pm. 

12.45pm,

Tempat favorite makan aku dan Hazlee kat Flora cafe! Aku memang suka makanan melayu kat situ. Keteow kungfu flora cafe memang terbaik! Hazlee kata dah booked tempat dan die dah lama kat situ. Fuh! 

Bila aku sampai dalam restaurant tu, aku tak nampak Hazlee langsung. Aku fikir die kat toilet kot. Aku tanya receptionist kat situ,  

"Nak tanya, meja atas nama Hazlee yang mana yer?"

Terus orang tu hantar aku ke meja panjang. Macam nak makan ramai2 pulak. At the same time aku contact Hazlee tapi dia tak jawab. Aku cakap kat waitress tu yang aku duduk berdua jer. Tapi ni banyak2 kerusi ni salah meja ke apa? Waitress tu paksa aku duduk juga. Lol.

Try call Hazlee balik, tetiba sekumpulan manusia yang aku kenal sangat2 datang terjah! 

"ALLAH selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan Nurul Ashikin, Allah selamatkan kamu!!"

Alia, Raudah, Izuana dan Noreha!! Sumpah aku terkejut tahap max time tu! Aku ingat diorang nak celebrate birthday aku! Tapi birthday aku 3 minggu lagi.

Sweet sangat diorang! Celebrate bachelor party aku! Konon2 nak celebrate before aku jadi isteri orang. Hahaha. Aku tak terfikir lak nak buat makan2 camni. Yang aku fikir nak ajak bestfriends aku masa henna event nanti. Boleh berinai sama2 dan borak2 sehari sebelum majlis aku. 

Fine! korang memang pandai bagi kezutan sampai heart attack! 

Terkejut jumpa makcik2 zaman sekolah ni!
Speechless
Aku sangat2 gembira sebab Alia, Raudah, Izuana dan Noreha still ingat aku. Kadang2, aku lupa tentang diorang semua sebab sibuk dengan persiapan majlis, tapi mereka semua masih ingat aku. Terharu, serba salah semua bercampur aduk. 

Taknak nangis sebab dah pakai eyeliner, tapi air mata tetap nak keluar juga! Adoi.

Buruk tul aku nangis! *_*
Diorang pakaikan sash 'bride to be' kat aku. Baru aku tau diorang nak celebrate bridal shower. Lol
Terharu sangat ok!
Try to contact Hazlee! Mana la dia ni! 


 Patut la Hazlee beria2 suruh aku pakai tutuskirt putih! Semua bff aku plan nak pakai tutu skirt kaler2 masa ni. Disebab aku malas, tak nampak seragam dah! Adeh! Sorry korang! Ampun! Kalau tau korang dah plan awal2 nak cantik camni, sure kite pakai tutuskirt putih tu. Hehehe.


Baru lepas mood raya haritu! 
Noreha memang suka buat muka lain dari yang lain! Dia yang naikkan suasana kelakar dalam group ni! 

Thank you so much Alia, Noreha, Izuana dan Raudah! Date 16 Ogos ni memang kite tak kan lupa! Nak pengsan bile teringat balik! Makanan best! Tapi sebab ada korang semua, semua benda jadi lebih best!! Ouh yer, semua gambar ni dari Aswat kawan aku dan Hazlee a.k.a photographer liveupdate masa wedding aku! Pandai korang pakat ramai2. Dush2! Ape2pun thank you Aswat sebab gambar cantik! =D 

................................

Hazlee kat mana??

Masa aku sampai Flora Cafe ni, Hazlee dah kat KLCC tengah fitting baju! Cis!

-End-

No comments: