Friday, January 31, 2014

Tahun Baru, Cerita Baru, Dunia Baru

SubhanaALLAH. My first post for year 2014!  It's been a year after I graduated from UTP. Cepat yer masa berlalu. Start aku bekerja, terus hilang mood untuk update blog. Facebook juga dah lama deactived. Instagram jer tempat melepas nafsu online.

Banyak benda sebenarnya yang berlaku pada tahun 2013. Satu tahun yang cukup bermakna. Daripada seorang student menjadi seorang engineer. Daripada anak dara menjadi tunangan orang. Yang paling penting, birthday ke 24 on last september 2013 adalah tahun terakhir aku sebelum menjadi isteri orang. Alhamdulillah. :)

2013.

1. Ceelo


Ops! Salah taip nama kat gambar. Actually the correct spelling is Ceelo. Kucing yang aku beli pada October 2013. Masa tu umur Ceelo baru je 2 bulan. Beli Ceelo through online je. Free delivery lagi. Harga rm500. Kebetulan aku baru je habis study. Plus aku dapat duit one of  the awards from UTP.  Terus survey kucing kat Facebook. Terpikat betul bila nampak gambar Ceelo. Called the owner. Malam tu juga aku dapat Ceelo. Sekarang Ceelo dah setahun 3 bulan. Gemok (macam tuanyer) and active sangat! Percaya atau tak, almost everyday aku main sorok and kejar2 dengan Ceelo kat rumah. :D

Ceelo Cream
2. Engineer

Alhamdulillah. 16 November 2012 officially aku bekerja sebagai engineer di Petronas Cari Gali dalam Civil & Structural Department. Sebulan lebih aku menganggur, akhirnya dapat juga aku mengembirakan mak dan ayah. Aku bekerja di Tower 1, KLCC. Berat rasanya nak tinggalkan dunia belajar Kehidupan bekerja totally tak sama dengan dunia belajar. Bila berkerja, kita kena berdikari. Langsung tak boleh berharap pada sesiapa. Kena jadi fast leaner, confident. Yang pasti aku bukan fast leaner. Dan aku sendiri tak yakin dengan diri sendiri. Setahun bekerja, banyak sangat pahit manis dunia pekerjaan ni. Kena marah, kena puji, kena perli, kena maki. Semua ada. cuma satu benda, kite jangan putus asa. Bagi aku, semua orang akan mengalami benda yang sama. :)

3. Convocation

Majlis convo aku pada 21 October 2012. Happy tahap max since both ayah dan mak kandung aku datang. Hope segulung ijazah dari UTP betul2 buat ayah dan mak bahagia. Plus, ALLAH tambah rezeki aku dengan Civil Engineering Industry - Structure, Materials, & Construction Award. Duit award yang aku dapat tu la aku beli si Ceelo.



Terima kasih banyak2 yang tak terhingga kepada smua lecturers aku (even aku tahu diorang bukan baca blog ni). Terutama kepada Assoc.Prof Ir. Dr Mohd Shahir, Assoc Prof Ahmad Mustafa, Prof Dr Kurian, yang sangat banyak bagi aku ilmu, tunjuk ajar dan dorongan. Thank you juga sebab jadikan saya one of your favorite students. Mereka la VVVIP pada majlis reception kahwin aku nanti. Weee :D

Nurul Ashikin Amran
Bachelor of Engineering (Honours) Civil  (Major in Offshore Structure) - First Class
4. Europe Trip

24 April 2013, aku dan kawan2 aku buat Europe Trip. Plan awal2, ingat nak ke Korea. Konon2 boleh ambil gambar macam cite korea drama. Akhirnya, keputusan di buat 2 bulan sebelum holiday trip. Ni semua gara2 tiket flight di Matta Fair murah. Bayangkan, pergi balik Etihad Airways MYR 2300 jer ke Zurich. Pergi London dalam MYR 2500. Tapi kami tak ke London. Hanya sekitar Switz France Italy. Rasanya perlu buat post baru tentang holiday ni. Tips terlalu banyak nak di kongsi. Travel Agent? Tak perlu semua tu. Yang penting survey, and study. Boleh jimat duit beribu2. Aku akan kongsi pengalaman dan tips holiday. Post ni aku hanya kongsi beberapa gambar dulu. :)

Lucern
Paragliding di Murren, 1638m
Perkampungan Lauterbrunnen
Mount Titlis! Syazwan mem'poyo' kan diri bergambar tanpa jacket. =P
Eiffel Tower
5. Engagement

Raya keempat, 11 Ogos 2013.
Engagement ni pun, memang kena buat entry baru. Banyak sangat benda2 kelakar yang berlaku. Vendor2 yang aku ambil semua best. But biasalah, ada benda yang kurang2. Jadi, tips untuk untuk hire photographer, deco, videographer, catering, designer baju akan aku kongsi di post yang lain. 2 bulan aku prepare untuk 1 hari event. Agak kelam kabut juga sebab aku buat sorang2 kot. But, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Berbaloi prepare sorang2 sebab aku handle smua benda tanpa sebarang masalah. Cuma aku mintak tolong pada adik beradik untuk handle during event tu. Sedara mara pun aku tak mintak pertolongan apa2, sebab aku nak mereka rasa tenang makan, gembira masa event tunang. Thank you mak and ayah tam sebab ada sponsor sikit2. Yiipii. =D



Dais and all the deco; from SaraAnabella. Chinese girl yang friendly dan best! Highly recommended. 


I'm think, I'm done. Ringkasan untuk 2013 dah tamat. InsyaALLAH aku akan berkongsi tentang majlis pertunangan dan Europe Trip pada post yang lain. Sekarang fikir majlis kahwin pulak. Fuh!



No comments: