Friday, January 31, 2014

Photographer - Solemnization & Reception

Assalammualaikum. 

Lega rasanya bila semalam aku dah setel hired photographer untuk majlis nikah dan reception nanti. Aku suka bila pergi karnival kahwin di sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. Banyak sangat photographer bukak booth. Block date setahun awal pun boleh. Dasyat2. Aku suka survey gambar photographer daripada fanpage facebook or website. Tapi, logik la diorang akan letak gambar2 yang lawa kan? Untuk korang tau photography tu pandai ambil gambar atau tak, makesure korang check setiap album diorang kat facebook. Example, Album Faizah & Faizal Reception. Check the whole gambar untuk album Faizah & Faizal tu. Kalau satu gambar di home page, terang2 gambar tu memang sangat2 lawa kan? But tak semestinya gambar lain akan lawa juga. 

Lepas aku stalked setiap gambar photographer tu, aku akan tanya pendapat kawan aku yang pernah hired photographer tu. Friendly ke? Datang on time or pernah lewat?  Album?? 
Yup. Album adalah benda yang paling penting. Aku taknak terjadi macam aku tunang dulu. Aku hanya tengok album diorang through online je. Tak tengok depan2. Jadi, untuk majlis kahwin aku ni. Aku sanggup menghabiskan minyak, masa dan tenaga aku. Pergi buat appointment dengan photographer semata-mata nak tengok hasil album diorang. Kena fikir juga, apa yang diorang bagitau kat online, tak semestinya sama dengan apa yang kite akan dapat. Tulis album size 12x15. Last2 depan2 kecik jer album. Rupanya salah info etc. So tak best juga kan? Ketebalan cover juga berbeza. Ada cover depan guna kulit. Ada yang licin biasa. Macam2. 

Buat list nama2 photographer yang korang dah suka. Jangan lupa, tanya tentang quotation dan pakej yang diorang ada. Selalunya, kalau ambil 2 events, harga akan lebih murah. 
Alhamdulillah setakat ni, semua photographer yang aku jumpa semua ok. Friendly dan betul2 cakap jujur. Kalau kite tak jadi hired, diorang still boleh terima keputusan kite. Once dah buat deposit, make sure mintak receipt. Dan sebelum tu baca term & condition betul2. Mostly photographer takkan pulangkan deposit balik if kita tak jadi hired diorang. Jadi, fikir elok2 before buat payment. 
Sebelum aku terlupa, makesure korang tanya photographer tu, siapa yang akan shoot masa wedding korang. Aku taknak terjadi macam tunang aku dulu. Aku hired orang lain, lepas tu principal tu ada event lain. Dia suruh kawan dia gantikan. Ada ke patut? 

Kat bawah ni ada beberapa list yang aku dah survey dan aku suka sangat2! 

1. Bakri Hafiz Hisham


Rasanya Bak dan kawan2 dia ada photography group- WSVS photography. Bak principal dalam WSVS. Sebelum Bak dalam WSVS, aku personally tanya rate dia. Lebih kurang sama dengan principal photographer yang lain. But untuk tahun 2014, rate photo dia dah naik kot. 
Satu sikap yang aku puji, masa awal2 aku dah bayar deposit pada Bak, aku set date lain. Kebetulan mak dan ayah aku suruh tukar date. Aku terpaksa bagitahu Bak tentang date yang baru. Nasib tak menyebelahi aku, Bak tak dapat shoot masa kahwin aku since dia baru berkahwin masa tu. Means, dia taknak ambil any jobs during that time. Sangat2 baik die sanggup pulangkan deposit aku. Dia cakap, dia sangat2 faham orang nak kahwin guna duit semua. Dan akan pulangkan deposit aku. Sedangkan aku yang salah. Thank you Bak.  :'(


2. Mukhriz Udey



3. Mangotouch 



4. Avicenna Photography


5. Fad Manaf


6. Umar Mita  - Bakri's Friend


Ada beberapa lagi, tapi semua lebih kurang sama cantikyer. Harga pun lebih kurang. Bagi aku, buat appointment dulu. Tengok album diorang. Dan comparekan harga. :)

Thank you.

No comments: