Showing posts with label Solemnization. Show all posts
Showing posts with label Solemnization. Show all posts

Wednesday, November 26, 2014

The Journey : Solemnization

A great marriage is not when the 'perfect couple' comes together.
 It is when imperfect couple learns to enjoy their differences. - Hazlee 

Assalammualaikum

I still remember very clearly, I slept late almost every night before my solemnization. Penat letih dan paling obvious mata aku bengkak jer sebab tido tak menentu. Thank you sebab ada Naz yang sanggup datang dari Sabah 3 hari lebih awal untuk tolong aku prepare banyak benda. Paling kelakar, 2 hari sebelum majlis, aku dan Naz buat projek memotong labuhan kain dress aku sebab aku dah tak sempat nak hantar ke butik balik. Labuh dan setiap kali aku praktis jalan, mesti heels aku tersangkut kat dress since camelia lace kan material berlubang2 kecil. Salah aku juga sebab aku mintak labuh lebuh 5 inchi. Last2 aku pakai heel 3 inch jer. Bersengkang mata aku dan Naz malam tu, akhirnya siap juga kerja memotong kami. Thank you Naz!

Setiap moment dan keringat yang aku buat untuk majlis ni, masih segar dalam ingatan. Penat tu berbaloi dan terbayar selepas majlis habis. Sebelum tu nak minta maaf sebab tak semua kawan aku dan Hazlee di jemput since tempat agak terhad. 400 orang untuk majlis belah perempuan dan 500 orang di majlis Hazlee. 

Rasanya dah banyak benda aku share #shikinhazleejourney di post sebelum ni. Post kali ni takde apa nak share sangat cuma aku letak series of pictures plus perasaan nervous gelabah+pengalaman yang memang takkan aku lupa. Enjoy!


30 Ogos 2014, 

Dah pukul 3 petang, lepas majlis berinai, aku janji nak lunch sekali dengan Hazlee dan Wan Shahril. Turun je lobby, semua sanak sedara belah Hazlee baru check in hotel. Kawan2 ayah dan mak aku pun check in hotel Concorde juga. Pergh, ramai yer. Siap semua nak ambil gambar dengan aku. Tetiba rasa macam artis plak. Belum buat majlis lagi, dah rasa kehangatan tetamu pulak. Lol. Nasib baik baru habis majlis berinai, takde la selekeh sangat pakaian aku. Hehehe. 

Lega sebab maid of honor tercinta aku datang maghrib tu! Aku tak rehat langsung sebab lepas asar ada meeting dengan groomsmen dan bestman tentang program majlis tu. Taknak diorang terkapai2 tak tahu apa nak buat. As usher, diorang kena tau layout plan meja2 dan tentative majlis nanti. Paling penting tau tugasan masing2. Agak lega, sebab Kak Mumtaz (Reka Teemor) dah buat technical meeting on 26 August hari tu. So takde la nak brief balik pada family dan vendors lain.Aku tugaskan Burhan as runner untuk majlis aku ni. Semua balance duit nak bayar pada vendors majlis esok termasuk duit nak bagi tok kadi, hantaran nak bagi pada wedding planner etc semua aku serahkan pada Burhan. Kalau wedding planner, vendors or hotel's staff nak contact, diorang akan contact Burhan jer. Lega sebab Burhan willing nak assist aku. 

Malam sebelum majlis, aku dan Raudah buat rehearsal dalam suite kami! Memang kelakar habis la. Aku siap pakai dress dan heels siap2 nak practise cara jalan. Ouh yer, malam tu juga Aida bawakan signage 'here come the bride' dan Farah (owner Freowcrafts) hantar bride and groom pillows yang cantik sangat! Special customize with glass pearls detailing.
NA (Nurul Ashikin) & MH (Muhamad Hazlee) - Laurel Wreath Collection by Freowcrafts
Pukul 12 malam, baru aku dan Raudah masuk tido. Itu pun aku tak boleh lelap! Arghhhh! Ubat tido jawab yer. Herm... 

...............................................................................

31 Ogos 2014,

"Be mine" - Hazlee
Bangun pagi jer terus rasa gelabah sangat! 

"OMG! I'm getting married!"

Terkejut Raudah dah siap2 mandi. Orang hotel pun dah sediakan breakfast kat bilik. Lega! Tak lalu makan! Paksa diri makan roti dan minum susu juga. Kang aku pengsan lapar plak. 

Around 9.30am akhirnya Chomel (makeup artist) datang juga! Pergh, nasib baik ada sejam lagi before event start. Aku siap baring atas katil masa tengah tunggu Chomel. Sampai cakap kat Raudah, "kalau Chomel tak datang, awak (Raudah) makeupkan kite jer la." Perasaan menunggu tu buat aku fikir macam2. Alhamdulillah, everything went well. 


Pukul 10.30am Kak Mumtaz (Reka Teemor) dah call Raudah! Aku dan Raudah memang takut juga la bila Kak Mumtaz call. Takut dah kena turun or event nak start awal! Hahaha. Actually kak Mumtaz nak makesure aku siap dan semua berjalan lancar jer.  Bila aku dah siap, Kak Mumtaz suruh kami turun dan aku stay di waiting room (in front of grand ball room) sementara Hazlee, wali, saksi dan groomsmen tunggu di meeting room lain. 

Hazlee nampak relax jer, tapi dalam hati takde sape yang tahu. Hehe
Sempat 'touch up' lagi sementara tunggu lift
Hazlee dan kawan2 'tercinta' masuk ke hall
sementara aku di 'waiting room'
5minit kemudian...

"Shikin, dah boleh keluar dari waiting room" - Kak Mumtaz

Aku dah nervous dan tak berhenti selawat. Harap semua berjalan lancar. Tak sangka semua bridemaids aku dah siap beratur depan main door! Wow! Cantik yer semua bridemaids!! Happy jumpa kawan2 baik! Mak berdiri sebelah aku dan akan temani aku juga jalan ke pelamin. Lega sikit! 

Banyak kali selawat nak hilangkan rasa gemuruh sebelum masuk hall.
My favorite dress
Classic, timeless. You will never go wrong.

Masa aku tengah beratur depan main door, semua 400 orang guests kat dalam hall. Hazlee, tok kadi, wali dan saksi dan sedia duduk kat atas pelamin. Jurucakap wakil pihak laki dan perempuan sedang berpantun2. Ada juga aku ketawa dengar dari luar hall yang jurucakap daripada wakil pihak perempuan (Uncle Ismail) buat lawak pasal hantaran semua. Naseb baik tak serius sangat suasana dalam hall tu. 

Majlis akad nikah dijalankan di hadapan 400 tetamu jemputan
........................................

"Kami mempersilakan bakal pengantin perempuan untuk masuk ke dewan" - Mc Azreen

Eh, dah habis ke diorang cakap2 kat dalam tu, haaa nak masuk dalam dewan pun buat aku malu. Dah terbayang2, jangan laaa kaki terpeleot or terpijak dress ke. Confident cikin! 

Tiba masanya aku masuk ke dalam hall diiringi dayang2 dan bonda tercinta. 


A walk to a new journey

Nak naik tangga pun kena ada orang tolong. :P

Raudah duduk dekat dengan aku atas pelamin. Kalau sorang2, memang lagi cuak.
Khutbah oleh Ustaz Ariffin sangat best! 
Tak rasa serious sangat pun. Kelakar dan spontan jer Ustaz Ariffin! 



Done dengan khutbah perkahwinan. Majlis akad nikah dimulakan. 


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada Muhamad Hazlee. 

Ouhyer, sebelum terlupa, masa Ustaz Ariffin mintak buat praktis lafaz nikah, ayah aku silap sebut nama aku! Dia sebut nama kakak aku 'Nurul Najmin Bt Amran'. Cis! Nasib baik praktis jer! Apepun thank you ayah walikan Shikin! Hehe

Puan Nurul Ashikin
'Always be my son' 
Lepas solat sunat, sesi suai kenal pulak! Lol
You meet thousands of people and none of them really touch you, 
and then you meet one person and your life is changed forever. - Hazlee
I love you more today than yesterday 
and I will love you more tomorrow than today.

Lepas jamuan makan, sesi favorite aku!
Sesi bergambar! :D

Ayah dan Ummi Hazlee
TV3 datang interview! Ok, aku mengaku aku tak reti cakap! Adeh
My big family!
Dress aku tak sekembang dress bridemaids! So, posing diva je la yang mampu. Hehe

Suka Chomel makeupkan! Highly recommended. :)
No one else can promise you this, except me, 
I’ll promise you that I will always love you - Hazlee

Settle majlis solemnization. Rehat sejam. 

Pukul 3petang dah rehearsal untuk majlis malam! 

Raudah! I need you!

Hehehe

Will be continued.....




Credit pictures: Mangotouch & PQP Liveupdate

Friday, November 21, 2014

Bridemaids & Groomsmen



'For there is no friend like a sister in calm or stormy weather;
 to cheer one on  the tedious way, to fetch one if one goes astray, to lift one if one 
totters down, to strengthen whilst one stands.' -Mangotouch

Assalammualaikum

"Shikin, mak rasa mak tak nak susahkan sedara2 mak masa wedding nanti. Mak nak diorang datang as guests je since diorang datang dari jauh. Mak suggest Shikin ajak kawan2 baik Shikin untuk assist mak masa event dan alang2 diorang jadi bridemaids sekali." - Mak

Cadangan yang tak pernah aku fikir pun. Aku hanya fikir maid of honor jer untuk assist aku kat pelamin. Once aku tanya best friends aku, terus semua setuju! Happy yer! 

Awal tahun 2014, aku survey2 baju bridemaids kat butik kahwin. Ok mahal. Kalau tempah kat kedai biasa mungkin lagi murah. Aku adore dengan baju2 Mazlianul Maznan (MM). Suka sangat beli baju kat MM since baju2 dia ikut citarasa aku. Aku try tanya dia tentang baju bridemaids, dan tak sangka aku boleh tempah banyak2 dan budget tak lebih dari RM250 untuk satu dress. 

MM cadangkan buat dress instead baju kurung moden sebab nak nampak kelainan sikit masa majlis. Pilihan tepat! Sangat cantik dress MM dan aku beli lebih satu untuk aku punyer juga! Hehehe. Ouh yer, Hazlee pun ada groosmen tapi bukan angkat2 dulang sebab Reka Teemor dah susun siap2 kat huge trays, sebab taknak nampak serabut. So, groomsmen act as bodyguard Hazlee la juga masa Hazlee jalan ke pelamin nikah. Weird juga kalau Hazlee jalan sorang2 kat aisle tu. Lol.

Hazlee ditemani 6 orang angkatan tentera (groomsmen) :)
Depan main entrance before masuk hall! 
Lega ada dayang2 cantik teman kat aisle. Mak aku pun jalan sebelah aku. Takde la rasa cuak sangat. Lol.

My lovely maid of honor, Raudah
Main lompat2 diorang ni.Tak ajak aku sekali! Cis! But love this pic so much! 



To: 

Alia, Fatin, Naz, Taca, Raudah, Izuana, Ameera & Noreha, 

In life there are milestones earch rare and so sweet, sharing with loved once makes them complete. So having you guys near on my solemnization day, you guys add to the memory in your special way. So today and forever, I am grateful to have you guys as my bridemaids. Love you guys so much and thank you again! 

Lots of love, 

Your sister, 


Shikin Amran

Tuesday, November 18, 2014

Solemnization's dress : Paulynn (White & Lacy Boutique)

Assalammualaikum

Tengah waktu lunch kat ofis. Sementara ada setengah jam lagi before sambung kerja, macam best pulak nak share tentang wedding dress masa majlis nikah dan resepsi. 

Aku bukan kurus dan aku rasa aku takde la terlalu gemuk. Cuma ada satu masalah tentang badan ni, aku takde shape or curve. Susah sangat nak cari style untuk body shape macam jenis rectangular ni. Aku mengaku, aku study bagai nak rak tentang latest design baju kahwin. Colour satu hal, design style satu hal lagi. Awal2 dulu aku bayangkan diri aku dengan ball gown macam Cinderella siap ada bling2 kat dress tu. Konon2 budget kurus macam model. Bila cuba sendiri memang tak lawa langsung! Nampak lagi pendek and sangat2 gemok. Malu yerrr. Syukur juga aku try banyak design baju. For nikah, aku adore dengan baju nikah Irma Hasmie by Hatta Dolmat. Ala2 queen arab. Sanggup pergi butik Hatta Dolmat nak try baju Irma Hasmie tu sendiri. Hahaha, Aku nampak kegemukan melampau (since design baju tu empire cut) dan baju tu sangat2 berat. Sedih sangat and rasa give up cari baju. Kena fikir balik, orang lain pakai baju tu nampak cantik, tak semestinya pakai dekat kite akan nampak cantik. Body shape setiap orang tak sama. So, back to basic, study your body shape dulu. Selepas berpuluh2 butik aku survey dan cuba bermacam2 design baju, akhirnya jumpa juga 2 designer pilihan hati.

Dress nikah aku buat sheath cut dan untuk reception mermaid cut

Solemnization Dress, 

Aku adore dengan baju wedding Beeha (a friend of mine). Baju tak over and just nice. Designer baju dia, Paulynn from White & Lacy Boutique. Boutique ni kat Damansara Jaya. Since aku nak sangat dress yang classic dan nampak english masa majlis nanti, jadi pilihan aku tak salah. If you like the bling2 with heavy beads, white & lacy bukan tempatnya. 

First time appointment, aku bawa reference gambar and magazine. Paulynn akan lukis dan bagi suggestion design mana yang sesuai dengan body curve aku. One more things, Paulynn seorang yang sangat jujur. If gemuk, die akan cakap gemuk. Yang best yer, die panggil aku kayu balak since badan aku straight je. Dia akan cakap, baju ni sesuai untuk u,baju ni tak sesuai and u akan nampak lagi gemuk sebab body u ni kayu balak jer. Lol. 

Confirm! Terus buat payment. French lace was my choice. Little bit costly, tapi memang favorite fabric aku. Lagipun, dress aku takde beads langsung since aku nak nampak classic and virgin. Lol. Hehehehe. Ouh yeah, Paulynn tak buat shawl and veil nikah. Dia hanya buat simple net veil macam english style tu. So, aku tempah shawl dan veil nikah di boutique Ampang Park. Di sebabkan aku tempah seminggu sebelum majlis, memang harga tempah shawl and veil sangat2 mahal. Menyesal tempah last minit. Shawl RM180 dan Veil nikah RM600. Fuh.. 


Masa first fitting on June 2014

Paulynn buat susunan french lace banyak2 kat bahagian atas dan bile makin kebawah, makin scattered. so akan nampak ilusi slim gitu. Hehehe. Tips lagi satu nak nampak yang kita ada waist, (since badan aku totally straight), Paulynn tambah small glitter belt kat pinggang supaya nampak shape sikit. 



With scatter patching on the frech lace, even make the dress's tail more beautiful in white. 
No beading. Light, simple yet elegant. Just perfect for my solemnization.
Sheath cut dress

 Regret? Nope! Love is the best description. I hope my daughter will love to wear this during her wedding too.

Thank you Paulynn!

Boutique: White & Lacy
Address: 30A, Jalan SS 22/25, Damansara Jaya 47400 Petaling Jaya
Contact: Paulynn 03 77295262

Monday, November 17, 2014

Wedding Decoration : Reka Teemor

Assalammualaikum

Setahun sebelum majlis perkahwinan, aku dan Hazlee dah cadang nak ambil Chenta Wedding sebab tengok pelamin Maria Elena nampak fresh dan simple. Macam malas nak fikir pasal deco lain dah. Tengok Instagram deco2 pelamin sekarang, mostly lebih kurang sama design. Tah macam mana, terdetik hati aku nak beli majalah Ratu Sehari kat kedai majalah bawah rumah. Siap beli 3 majalah Ratu Sehari terus. Dari edisi 16 sampai 18. Naseb baik ada banyak edisi kedai ni jual.

Selak2 majalah, aku stop kat satu page. Pelamin superb lawa! Decorator by REKA TEEMOR.
Aku tak pernah dengar lagi tentang Reka Teemor. Terus tengok Ratu Sehari edisi lain, mesti ada pelamin dari Reka Teemor. Waaa, kenapa cantik sangat ni. Terus call Hazlee, siap amek gambar majalah nak send whatsapp kat Hazlee. 

Sila terpegun. Heee :'D








Terlalu banyak gambar yang cantik2. Siap ada theme 'Lord of the Ring' and 'Cleopatra' lagi. Fuh. Hebat2. Rupanya, Reka Teemor dah establish lama kat Malaysia. 

Mula2 rasa malu pulak nak call Reka Teemor. Suruh Hazlee deal sendiri dengan Reka Teemor. After our 1st appointment dengan abg Faiz and kak Mumtaz, kiteorg decide to hire Reka Teemor as our wedding decorator plus floor manager masa events kedua2 pihak nanti. Beberapa kali buat appointment dengan Reka Teemor, alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan diorang sangat2 memahami apa yang kiteorang suka. 

Masa appointment dengan abg Faiz dan kak Mumtaz 
Since majlis perempuan dan lelaki di tempat yang sama 'Grand Ballroom Concorde', abg Faiz suggest pelamin hanya ubah sikit2 je. Macam ubah kerusi dan lighting. Jadi budget dapat di kurangkan. Wall ballroom hotel juga ditutup dengan langsir putih+lighting supaya suasana nikah dan resepsi malam nampak berbeza. 

1. Pelamin and Decoration  – Hall Wedding
  • Dais (LACE DESIGN)
  • Stylish and elegant wedding dais with a mixture of fresh and silk flowers as per proposal and requested theme.
  • Stage Backdrop Draping
  • Carpeted Stage
  • Construction of dais & platform, rental of chair, cushions, carpeted platform, fan (kipas tangan), hand pillow,
  • 'Peralatan merenjis’ with flower petals, spot lights on the stage.
  • Entrance deco at main door – Arch with fabric, trees, flower dangling and lightings
  • Aisle Deco 
  • Main Table Deco – Grand Flower Deco and Crystal Dangling
  • Registration Table Décor
  • Cake Table Décor
  • Special chairs for Bride and Groom at the Main Table (SweetHeart Table)
  • Hand Bouquet for the Bride (Reception)
2. Wall to Wall Draping

3. Hantaran with Fresh Flowers – on two huge trays

4. Lighting System
-  12 units LED Parcan
-  6 units LED Lights
   6 Unit Moving Heads

5. Emcee (Solemnization) 
6. Event Manager - Coordination on the flow of the event for NIKAH & RECEPTION

Solemnization and Reception (Perempuan)
Theme : Clean, Fresh, Lace and Pink Colour

Entrance deco at main door
Wall to wall draping with lighting system

Reception (Lelaki)
Theme : Romantic, Dim Light, Lace and Purple Colour






Hantaran

Untuk hantaran, Reka Teemor letakkan atas huge trays mirror plus dengan fresh flowers. Dua huge trays ni letak di kanan dan kiri stage dan nampak part of decoration juga. :)







To:
Abg Faiz dan Kak Mumtaz (Reka Teemor), 
Dream are not only which you experience in that sweet night behind the darkness. Dreams are your own, admirer, wishing for your future sun rays. And now I have to say my dreams comes true. With this beautiful dais setup, no word can describe my feeling and I will never forget this moment. A dream doesn't become reality through magic. It takes sweat, determination and hard work. Abg Faiz and Kak Mumtaz, you guys did such a wonderful job and I want to say thank you and really appreciate it. I love you guy and you guys not only our wedding planner, you guys like our brother and sister. Thank you again! 
Love, 
Shikin & Hazlee

Decorator: Reka Teemor
Address: 35-1, Jalan Putra Mahkota 7/4A, Putra Height
               47650 Subang Jaya, Selangor
Contact: 019 2248894 (Pn Mumtaz)